Monday, 31 January 2011

Adios El Nino


Sejarah membuktikan player yang tinggalkan Liverpool FC akan ended up menyesal tak sudah. Tanya saja pada McManaman, Owen dan Masherano. McManaman sewaktu ketika mengejar glamour bersama Real Madrid tapi hakikatnya sekadar memanaskan bangku simpanan sahaja. Dia akhirnya hilang begitu sahaja. Gone with the wind.

Sejarah berulang kembali apabila Owen juga menurut jejak McManaman mengejar kemashuran menjulang piala hingga ke Bernabeu tapi akhirnya kecewa berputih mata apabila Real Madrid juga kemarau piala untuk sekian lama. Owen akhirnya menggadaikan maruahnya kepada The Red Devils dan dia juga seakan telah gone with the wind.

Begitu juga halnya yang menimpa Masherano. Sejak berpindah ke Nou Camp, sudah jarang berita tentang dia mendapat tempat dalam headlines sukan. Ternyata dia juga seakan tak mampu untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama Barcelona yang sudah dibolot oleh Xavi, Iniesta dan Busquets. Dia juga bakal gone with the wind.

Kesimpulannya, saya juga akan buat statement yang sama seperti penyokong Liverpool FC yang lain. "No player is bigger than the club". Kalau Torres dah tak mampu untuk cuba setia then it is time to say good bye to him. Walk alone Torres...You'll always walk alone.

0 komen: