Thursday, 2 September 2010

Dusta Seorang Perindu


Ramadhan Kareem semakin meninggalkan kita
Adakah kita akan merindui Ramadhan
Tak usah bersandiwara, tak perlu berpura-pura

Seandainya kita akan merindui Ramadhan
Itu adalah kerana kita merindui...
...keenakkan juadah yang terhidang di bazaar Ramadhan
...keriangan membuat ketupat, rendang dan kuih raya
...keseronokkan membeli-belah baju raya
...keceriaan berbalas sms dan kad raya

Sejujurnya adakah kita tulus ikhlas merindui Ramadhan?
Lantas layakkah kita mengaku menjadi hamba yang bertaqwa?
Hakikatnya selama ini kita hanya menipu diri sendiri
Hanya dusta seorang perindu
Astaghfirullah... alangkah hinamya kita disisi Nya

0 komen: