Monday, 20 September 2010

hanya Allah untuk ku

Barangsiapa yang menginginkan pelindung, maka Allah cukup baginya.
Barangsiapa yang menginginkan teladan, maka Rasulullah cukup baginya.
Barangsiapa yang menginginkan pedoman hidup, maka al-Qur’an cukup baginya.
Barangsiapa yang menginginkan peringatan maka kematian cukup baginya.
Dan barangsiapa tidak cukup dengan semua itu, maka neraka cukup baginya

Thursday, 16 September 2010

Galaxy Legion


Hahaha... aku dapat colonize kan Dyson planet daripada scan pertama aku. Gempak tu!. Untuk pengetahuan korang, Dyson planet dikira planet lagenda. That's is why ada status mythical bawah nama planet tu.

Wednesday, 8 September 2010

Salam Eidul Fitri 1431H


Indah langit kerana awan
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Ramadhan kerana keinsafan,
Indah Syawal kerana kemaafan


Salam Eidul Fitri
Maaf Zahir & Batin

Thursday, 2 September 2010

Dusta Seorang Perindu


Ramadhan Kareem semakin meninggalkan kita
Adakah kita akan merindui Ramadhan
Tak usah bersandiwara, tak perlu berpura-pura

Seandainya kita akan merindui Ramadhan
Itu adalah kerana kita merindui...
...keenakkan juadah yang terhidang di bazaar Ramadhan
...keriangan membuat ketupat, rendang dan kuih raya
...keseronokkan membeli-belah baju raya
...keceriaan berbalas sms dan kad raya

Sejujurnya adakah kita tulus ikhlas merindui Ramadhan?
Lantas layakkah kita mengaku menjadi hamba yang bertaqwa?
Hakikatnya selama ini kita hanya menipu diri sendiri
Hanya dusta seorang perindu
Astaghfirullah... alangkah hinamya kita disisi Nya