KUALA LUMPUR 29 Sept. - Kumpulan proaspirasi universiti mengecap kejayaan paling bersejarah apabila berjaya menguasai kesemua 17 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2005/2005 hari ini.
Kejayaan itu bermakna kumpulan tersebut buat pertama kalinya menguasai `kerajaan kampus' secara mutlak di semua IPTA sekali gus mengakhiri penguasaan kumpulan propembangkang selama hampir 20 tahun di sebilangan universiti. Pilihan raya yang diadakan serentak itu menyaksikan kumpulan proaspirasi menyapu bersih baki kerusi yang dipertandingkan di 11 IPTA selepas calon-calonnya diumumkan menang tanpa bertanding di tujuh universiti pada hari penamaan calon Isnin lalu.
Bagaimanapun, proses pemilihan tahun ini kelihatan hambar berikutan tindakan memboikot pilihan raya oleh kumpulan propembangkang di beberapa IPTA termasuk di kubu kuat mereka di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). Berbeza tahun-tahun sebelum ini yang menyaksikan persaingan sengit calon meraih sokongan melalui kempen agresif dan perang poster, pilihan raya kali ini tampak `lesu' selepas ramai calon propembangkang bertindak menarik diri.
Paling menjadi tumpuan pada pilihan raya kali ini ialah di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menyaksikan wujud pertandingan calon proaspirasi dan propembangkang. Kumpulan proaspirasi di UM yang menamakan diri mereka sebagai Gabungan Mahasiswa Universiti Malaya (GMUM) menang besar apabila membolot 39 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.
Selepas tamat penamaan calon Isnin lalu, calon-calon kumpulan proaspirasi diumumkan menang tanpa bertanding di UIAM, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM), Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM). Calon-calon kumpulan itu turut mengesahkan kemenangan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (KUKTEM).