Wednesday, 31 August 2005

Amirul Mukminin

Dimanakah dapat ku temukan
Pedang Salahuddin Al-Ayyubi pencetus jihad abadi
Melimpahi Baitul Maqdis dengan nur suci
Menghambat Sang Singa Richard ke belantara celaka
Menyapu sisa-sisa laknat di bumi nirmala

Dimanakah dapat ku jejak
Derap langkah Murad penyinar Constantinople
Menancap panji-panji iman
Di tanah Byzantine yang lama gersang
Meniup seruling taqwa dipersada kesesatan

Dimanakah dapat ku pakai
Serban Umar Abdul Aziz pemakmur Umayyah
Pendukung utuh tiang-tiang pemakmur Umayyah
Pewaris siasah terpuji kekasih Allah
Menyemai benih-benih akhirat dibatas duniawi

Dimanakah dapat ku cium
Tangan kudus Amirul Mukminin yang bakal mempusakai
Keluhuran para khalifah terbilang
Mengimamkan kami di saf-saf keadilan
Mengemudi kami menghunus pedang di medan jihad
Menyebarkan kasturi keinsafan ditaman fana
Agar jalan keredhaan terbentang luas didepan mata
Menghirup madu nikmat di mahligai indah
Kekal bahagia selamanya

Kolej Za'ba, Kuala Lumpur(Majalah I, Ogos 2005)


Selamat Hari Merdeka.
MERDEKA... MERDEKA... MERDEKA...

Tuesday, 30 August 2005

Road to Paris [part 2]


Group G - Liverpool, Chelsea, Real Betis, Anderlect. The Reds & The Blues calon favourite untuk grup ni.


Carragher menjulang Piala Super League diiringi sorak ria The Reds. sekarang tinggal nak sambar piala World Club Championship, Disember

Newcastle today pulled off a sensational transfer coup when they finally managed to persuade England striker Michael Owen to keep his World Cup dreams alive on Tyneside. In a move which dashed the hopes of former club Liverpool of securing the 25-year-old's return, the Magpies completed their club record swoop for the Real Madrid star - believed to be in the region of £17million.

now what? Newcastle dah sambar Owen. ape kene ngan Benitez ni? apsal le dia sayang sangat kat Morientes tu, sampai sanggup nak jual Cisse. Benitez suke sangat ngan taktik 4-5-1. hanya Morientes ngan Crouch je yang suit ngan taktik ni. taktik ni memerlukan winger yang boleh bagi crossing untuk lone striker membuat tindakan penyudah. so far taktik ni tak berkesan langsung untuk digunakan dalam EPL. oitt Benitez, ini Liverpool le. bukannye Valencia. EPL memang jauh beza ngan La Liga. apart from Sissoko, there's no significant singnings yet. no Joaquin, no Kuyt, no Andrade, no Woodgate and no Cicinho.

Chelsea memang calon favourite untuk retain takhta EPL, star studded lagi. Manchester plak dah mula tunjuk belang, with Nistelrooy & Rooney are currently on form. Arsenal masih lagi berbisa walaupon baru kehilangan Viera. Aston Villa baru je curik Baros while Newcastle are counting on Owen & Luque to terorrise their opponents. Spurs pon boleh tahan gak sebab dah ade David. it is nice to see that at least 5 teams will give Chelsea a tough challenges for the title.

Wednesday, 24 August 2005

Angkasawan Malaysia : Oktober 2007


KUALA LUMPUR 23 Ogos - Angkasawan pertama Malaysia dijadual berlepas ke angkasa lepas pada Oktober 2007.

Angkasawan itu akan berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang terletak 402.34 kilometer dari permukaan bumi di antara enam hingga lapan hari. Sejak permohonan menyertai program ini dibuka kepada orang ramai pada 13 Oktober sehingga tarikh tutup 31 Disember 2003, sebanyak 11,275 permohonan diterima. Program angkasawan Malaysia diumumkan pada 7 Ogos 2003 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu menjadi Perdana Menteri.

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman ketika mengumumkan perkara ini di majlis taklimat media mengenai Larian Angkasawan di sini, hari ini berkata: "Proses pencarian calon akan bermula Sabtu ini di Kuantan, Pahang, melalui ujian larian sejauh 3.5 kilometer yang perlu dihabiskan dalam tempoh 20 minit". Mereka yang layak seterusnya akan menjalani pemeriksaan perubatan am serta penerbangan dan profil fisiologi yang mengambil masa 14 hari.

"Lima hingga 10 calon yang disenarai pendek kemudiannya akan dihantar menjalani pemeriksaan dan latihan terperinci seperti yang disyaratkan Agensi Angkasa Rusia selama dua hingga tiga minggu". "Daripada jumlah ini, mereka seterusnya akan melalui saringan terakhir oleh agensi berkenaan di Rusia". "Kita kemudiannya akan memilih dua calon, salah seorang sebagai simpanan untuk menjalani latihan di Pusat Latihan Angkasawan Gagarin, Star City, Rusia selama 18 bulan bermula Januari tahun depan," katanya. Beliau memberitahu, rakyat Malaysia yang terpilih itu merupakan individu yang benar-benar layak dan lulus kesemua ujian yang diadakan termasuk di dalam dan luar negara.

Tuesday, 16 August 2005

August Fool???

Neve Dekalim (Gaza) 15 Ogos - Sejarah hitam 38 tahun Israel menduduki tanah Palestin di kawasan Gaza hampir berakhir apabila penduduk Yahudi mula diundurkan dari situ dan jalan masuk ke penempatan itu ditutup serta-merta. Dengan tindakan itu bermakna penempatan Yahudi di bumi Palestin akan dikosongkan.

Kerajaan Israel memberi tempoh 48 jam kepada pendatang Yahudi untuk berpindah secara sukarela, jika tidak mereka akan dipindahkan secara paksa selepas Rabu ini. Pendatang yang ingkar telah menyekat jalan masuk ke beberapa kawasan penempatan itu dalam usaha untuk mencegah pasukan keselamatan mengetuk pintu rumah dan mengarahkan mereka keluar.

Berikutan itu, terdapat pendatang Yahudi bertindak ganas dengan memecahkan tingkap kereta, membakar tayar dan cuba mengelar tayar sebuah kenderaan tentera. Notis pengusiran kepada 9,000 pendatang di semua 21 kawasan penempatan di Gaza dan empat daripada 120 kawasan di Tebing Barat dihantar sejak tengah malam tadi. Sejurus malam tadi, tentera Israel menurunkan pintu pagar dengan tulisan bermaksud: "Berhenti. Kemasukan ke Genting Gaza dan kehadiran di sana dilarang di sisi undang-undang!''

Di sebatang jalan sisi, pendatang Yahudi dengan trak dipenuhi barang bertaliarus meninggalkan kawasan penempatan di Gaza bagi mematuhi rancangan Perdana Menteri, Ariel Sharon untuk `berundur.' Serentak dengan itu, kira-kira 50 kenderaan tentera termasuk jip, ambulans dan bas membawa anggota polis dan askar memasuki Genting Gaza. Dengan persetujuan Israel, 7,500 anggota pasukan keselamatan Palestin di Gaza mengambil kedudukan di pinggir kawasan penempatan untuk mencegah serangan pejuang Palestin. - Reuters

p/s: errr... Yahudi laknatullah tu buat lawak ke ape? august fool? takkan le senang2 je diorang sukerela nak kuar dari tebing barat. mesti ade muslihat ni, coz diorang tu kan licik, pembelit, penipu besar, & penuh ngan tipu muslihat. mesti diorang ade agenda lain. mungkin diorang sedang merancang sesuatu yang amat dasyhat. Ya Allah, sallimi ummah. amin.

Sunday, 14 August 2005

Liverpool Season Guide 05/06

asssalamualaikum. salam sejahtera

Liverpool 0-0 Middlesbrough. perlawanan pertama Premier League semalam jelas menceritakan segalanya. tiada tindakan penyudah yang diharapkan walaupon banyak chances yang ada. Liverpool gagal memanfaatkan kelebihan biarpon Middlebrough hanya beraksi dengan 10 orang. namun, beberape pemain mula menyinar. Warnock, Sissoko dan Whitebread adalah antaranya. jika diberi lebih banyak peluang beraksi dalam kesebelasan utama tak mustahil jika mereka mampu menjadi bintang satu hari nanti.

Perlawanan semalam juge jelas menunjukkan betapa Liverpool memerlukan sentuhan berbisa Owen. Hakikatnya Cisse + Morientes + Baros + Crouch = Owen. itulah persamaan linear yang menerjah fikiran aku. keempat-empat striker Liverpool tu masih tak dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Owen. aku tak faham kenapa Benitez beriya-iya nak jual Baros padahal Morientes tu jauh lebih teruk dari Baros. at least Baros tu masih muda, masih ada ruang untuk diperbaiki jika nak dibandingkan dengan Morientes yang dah nak masuk 30 tahun, takde pace dan hanya bergantung kepade aerial ability hasil umpanan dari midfield.

Hingga kini Liverpool masih memburu centre back ngan seorang right winger. tiada berita tentang Milito mahupon Andrade. selamat tinggal diucapkan kepade Figo yang dah join Inter Milan. Liverpool kini sedang memburu Routledge, Miguel dan Owen?. Owen kini menjasi buruan Man Utd dan Newcastle. persoalannya, mampukah Liverpool menyelamatkan karier Owen? dan mampukah Owen menjulang Liverpool menjadi Juara Premier League setelah kali terakhir pada tahun 1984?.

Jelas sekali tahun ini akan menyaksikan Chelsea sekali lagi menjadi calon favourite untuk menjadi juara diikuti oleh Arsenal dan Man Utd. apakah Liverpool akan berpuas hati sekadar ditangga yang ke-4? apakah Liverpool sekali lagi akan dihantui oleh masalah kecederaan pemain macam tahun lepas? bagaimanakah nasib Arsenal selepas ketiadaan Viera? apakah gandingan Nistelrooy dan Rooney akan mengganas? apakah Chelsea akan menjadi juara tanpa kalah walaupon sekali? jawapannya akan terjawab penghujung Mei 2006. so, stay tuned.
 
Coming In:
Peter Crouch (Southampton) - £7m
Jose Reina (Villarreal) - £6m
Mohamed Sissoko (Valencia) - £5.5m
Antonio Barragan (FC Sevilla) - Free
Bolo Zenden (Middlesbrough) - Free
Mark Gonzalez - (Albacete) - Loan
Getting Out:
Alou Diarra (RC Lens) - Undisclosed
El Hadji Diouf (Bolton) - Undisclosed
Antonio Nunez (Celta Vigo) - Undisclosed
Igor Biscan (Panathinaikos) - Free
Mauricio Pellegrino (CD Alaves) - Free
Vladimir Smicer (Bordeaux) - Free
Bruno Cheyrou (Bordeaux) - Loan
Chris Kirkland (West Brom) - Loan
Anthony Le Tallec (Sunderland) - Loan

Thursday, 11 August 2005

PC Fair 2005


Dates and Locations:
29 - 31 July 2005
- City Square, Johor Bahru
- 5th Flr, Palmcourt, Centre Point Sabah, Kota Kinabalu


5 - 7 August 2005
- KL Convention Centre, Kuala Lumpur (Route Map)
- Penang International Sports Arena, Pulau Pinang


12 - 14 August 2005
- Mahkota Parade, Melaka
- Ipoh Parade, Ipoh


18 - 20 August 2005
- State Library , Kuala Terengganu
- Chinese Chamber Hall, Kelantan, Kota Bharu


Layout vendor PC Fair 2005, Melaka. hahaha, PC Fair datang lagii..

----------------------------------------------------------------------------------------

p/s - alhamdulillah, aku baru je balik dari PC Fair kat Mahkota Parade. emmm.. memandangkan takde bajet nak beli Ram, so tengok jelah dari jauh. walaupon tak ramai vendor yg join exhibition ni, but still dapat sambutan yg menggalakkan dari visitor.

Tuesday, 9 August 2005

Sekuntum Harapan Bernama Doa

Berdoa adalah suatu ibadat. Insan dianggap melakukan kebaktian dan ibadat ketika berdoa kepada Tuhannya. Sama ada sesuatu doa dimakbul atau tidak, pahalanya sentiasa ada di sisi Allah. Doa tidak termakbul disimpan untuk akhirat. Justeru, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Doa adalah ibadat.” Setiap doa pula dimakbulkan dari tiga segi, iaitu:

• Doa yang dimakbulkan segera di dunia.
Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap orang yang berdoa. Ramai di kalangan insan yang memperoleh kurniaan hasil kesungguhan mereka berdoa. Kadangkala dengan begitu pantas dan kadangkala lewat disebabkan hikmah yang hanya Allah SWT Maha Mengetahui. Tidak mustahil Allah SWT menerima doa seseorang yang sama sekali dianggap mustahil oleh manusia.

• Doa yang tidak dimakbulkan di dunia, tetapi disimpan untuk balasan kebaikan di akhirat di atas hikmah yang hanya dikehendaki Allah SWT.
Jika ia berlaku, hendaklah difahami bahawa ia adalah pilihan terbaik daripada Allah SWT untuk hamba-Nya. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara. Allah SWT tidak memakbulkan sesuatu doa secara mutlak di dunia kerana Allah SWT Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam, baik atau buruk di sebalik sesuatu perkara yang dimohon. Akal manusia kadangkala tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu.

• Doa diganti dengan keselamatan diri daripada keburukan yang akan menimpa.
Insan terselamat daripada betapa banyak keburukan bukan kerana kehebatannya atau kebijaksanaannya tetapi kerana rahmat Allah SWT yang barangkali berpunca daripada pelbagai doa kepada Allah SWT.

Sesungguhnya, setiap Muslim wajar berdoa kepada-Nya dan jangan berputus asas untuk mendapatkan rahmatnya, selagi ia untuk kebaikan diri kita dan sesama insan serta meminta perlindungan daripada-Nya.

Sunday, 7 August 2005

Kiamat Sudah Dekat

Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." -Sahih Bukhari-

Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." -Sahih Muslim-

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." -Abu Hurairah r.a-

Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" -Ibnu Majah-

Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" -Riwayat Nasai.-

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." -Riwayat Ahmad dan Hakim-

Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." -Riwayat Ahmad-

Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah duniakan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina).Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" -Riwayat Thabrani-

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." -Riwayat Ahmad-

Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." -Riwayat Thabrani-

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" -Sahih Muslim-

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" -Riwayat Ahmad-

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai" -Sahih Muslim-