Saturday, 26 March 2005

Dakwah Tugas Setiap Muslim

Adakah kita pendakwah?

Itulah satu persoalan yang seringkali menimbulkan salah faham bagi sesetengah umat Islam hari ini. Apabila disebut tentang dakwah, yang terbayang pada fikiran kita ialah golongan-golongan yang berkopiah, berserban, bertudung litup atau berjubah. Sama ada kita sedar atau tidak, itulah gambaran yang diberikan oleh masyarakat terhadap golongan pendakwah. Secara asasnya, dakwah adalah tugas para rasul yang menjadi utusan Allah untuk menyeru dan membimbing seluruh manusia agar beriman kepada Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat itu seorang rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): ``Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut. (An-Nahl : 36)
Maka, para rasul (utusan) Allah adalah para pendakwah yang mengajak manusia kepada Allah. Mereka dipilih oleh Allah untuk memikul tugas dakwah dan menyampaikannya kepada manusia. Perlu difahami bahawa Nabi Muhammad s.a.w. merupakan nabi dan rasul terakhir yang diutuskan kepada umat manusia. Kewafatan baginda telah mewariskan satu amanah yang besar yang perlu dilaksanakan oleh seluruh umat Islam. Amanah tersebut adalah menyebarluaskan agama Allah ke seluruh pelosok alam atau berdakwah.

Menurut Dr. Abdul Karim Zaidan dalam bukunya Usul Dakwah, sebenarnya semua ayat yang mengandungi suruhan untuk berdakwah turut ditujukan kepada umat Islam seluruhnya kerana pada dasarnya setiap perintah yang ditujukan kepada Rasulullah s.a.w. turut merangkumi umat baginda, melainkan jika terdapat pengecualian pada ayat tersebut. Ini bermakna, Allah telah memberi penghormatan kepada umat Islam untuk berkongsi memikul tugas ini bersama Rasulullah s.a.w. Ini dinyatakan secara langsung melalui firman-Nya yang bermaksud: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji). (Ali-Imran : 110)

Ia bermakna, setiap orang Islam bertanggungjawab melaksanakan kewajipan ini tidak kira lelaki mahupun wanita. Tugas ini tidak dikhususkan kepada para ulama atau mereka yang digelar `orang agama' sahaja kerana kewajipan ini perlu dilaksanakan oleh seluruh umat Islam. Namun demikian, tugas dakwah bergantung kepada kemampuan dan kebijaksanaan kita serta boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Bagi mereka yang memiliki kuasa mungkin mempunyai kemampuan yang lebih untuk berdakwah. Manakala bagi orang biasa pula boleh dilaksanakan mengikut kemampuan dan kebolehannya.

Oleh sebab itu, Allah s.w.t. memberi amaran khusus kepada orang yang berilmu dan mengingatkan mereka supaya tidak menyembunyikan kebenaran yang mereka ketahui. Firman Allah s.w.t. bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan daripada keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah : 159-160)

Justeru, Allah mewajibkan orang-orang yang berilmu agar menyampaikan ajaran Islam yang mereka tahu kepada orang ramai. Mereka wajib menyebarkan apa yang mereka tahu kepada manusia supaya seluruh manusia terselamat daripada perbuatan mensyirikkan Allah s.w.t. Sesiapa yang mengetahui serba sedikit mengenai Islam bermakna dia mengetahui sesuatu dan perlu disampaikan kepada orang yang belum mengetahuinya. Setiap orang Islam mengetahui bahawa balasan hari akhirat adalah benar dan al-Quran adalah Kalam Allah. Dia juga turut mengakui bahawa solat, puasa, haji dan zakat diwajibkan oleh Islam. Oleh yang demikian, dia boleh menyampaikan apa yang dia tahu. Manakala perkara yang tidak diketahuinya tidak perlu disampaikan atau diajarkan kerana dia tidak mengetahuinya.

Dalam melaksanakan tanggungjawab dakwah, tidak ada had masa yang ditentukan seperti mana ibadah solat atau puasa. Ini bermakna, tanggungjawab ini boleh dilaksanakan oleh seseorang Muslim pada bila-bila masa dan keadaan selagi dia berkesempatan melaksanakannya. Ini dapat dicontohi daripada amalan Rasulullah s.a.w. sendiri yang mengajak kaumnya siang dan malam, secara tersembunyi mahu pun terang-terangan dan tiada satu pun yang dapat menghalang baginda daripada melaksanakan tugas dakwah tersebut.

Hakikatnya, seorang pendakwah yang ikhlas akan memberikan sepenuh tumpuan terhadap dakwah, malah seluruh fikirannya akan tertumpu di sekitar dakwah. Setiap tindak tanduknya adalah untuk dakwah. Dia tidak pernah merasa bakhil untuk mengorbankan masa dan tenaganya untuk kemajuan dakwah. Tiada satu perkara pun yang dapat mengubah perhatiannya daripada perkara ini walaupun pada ketika yang amat genting dan dalam keadaan yang terdesak.

Satu contoh yang dapat kita ambil iktibar bersama ialah ketika Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan berhijrah ke Madinah bersama Abu Bakar as-Siddiq r.a., baginda telah menemui Buraidah bin al-Hasib al-Aslami yang ketika itu berada bersama kaumnya di pertengahan jalan antara Mekah dan Madinah. Baginda mengajak mereka kepada Islam dan mereka menerimanya. Ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. tidak pernah lupa untuk mengajak manusia kepada Islam walaupun ketika itu baginda dalam perjalanan berhijrah ke Madinah dan Quraisy sedang cuba menangkap baginda.

Tanggungjawab seorang Muslim ialah mengajak manusia supaya menyembah Allah dan bukan tanggungjawabnya untuk memberi hidayah kepada mereka. Ini bermakna, dia perlu berterusan melaksanakan dakwah tanpa merasa putus asa, jemu atau malas. Ini dapat dicontohi daripada sikap Nabi Nuh a.s. yang tidak jemu-jemu menyeru kaumnya supaya menyembah Allah selama lebih kurang 950 tahun, walaupun tidak ramai yang menyertainya.

Orang yang mengajak manusia kepada mengingati dan menyembah Allah s.w.t. sebenarnya hanya melaksanakan kewajipannya dan menunaikan ibadat sebagai tanda ketaatannya kepada Allah s.w.t. Ganjaran bagi ibadah yang dilakukan oleh seorang hamba akan diperolehi daripada limpah kurniaan Tuhan yang Maha Agung. Ini bermakna, pendakwah tidak sepatutnya menuntut ganjaran daripada mana-mana manusia sama ada dalam bentuk harta, pujian, pangkat atau apa jua bentuk ganjaran kebendaan.

Ini dijelaskan oleh firman Allah s.w.t. mengenai Nabi Nuh a.s. yang bermaksud: Oleh itu, jika kamu berpaling membelakangkan peringatanku, maka tidaklah menjadi hal kepadaku, kerana aku tidak meminta sebarang balasan daripada kamu (mengenai ajaran agama Allah yang aku sampaikan itu); balasanku hanyalah daripada Allah semata-mata (sama ada kamu beriman atau pun kamu ingkar); dan aku pula diperintahkan supaya menjadi orang-orang Islam (yang berserah diri kepada Allah). (Yunus : 72)

Tidak dapat dinafikan, ucapan bagi mengajak manusia supaya menyembah Allah, lebih-lebih lagi ketika manusia menderhakai Allah, merupakan ucapan terbaik kerana orang yang mengucapnya semestinya seorang yang mempunyai keperibadian yang baik dan tunduk kepada Tuhan sekalian alam. Allah menjanjikan ganjaran yang istimewa kepada para pendakwah. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Orang yang mengajak manusia kepada petunjuk Allah akan memperoleh ganjaran seperti mana ganjaran-ganjaran yang diperoleh orang-orang yang mengikutnya tidak kurang sedikit pun.

Tuesday, 15 March 2005

Memperkasakan Ukhuwah Islamiyah

Assalamualaikum Warahmatullah

"Sesungguhnya orang-orang mu’min adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat”. - Al Hujaraat : ayat 10

Sebelum membicarakan persoalan ukhuwah Islamiah ada baiknya jika kita melihat akan penyebab lemahnya persaudaraan umat Islam, malah kita perhatikan kadang-kadang keadaan sering terbalik, lebih akrab dengan orang-orang kafir daripada saudara sesama muslim.

Terdapat tiga penyebab utama perpecahan umat Islam iaitu perbezaan acuan Islam, perbezaan visi politik dari beberapa tokoh-tokoh Islam dan adanya kepentingan peribadi dalam aktivis Dakwah Islam. Ukhuwah Islamiyah adalah salah satu kurnia dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T ke dalam hati hamba-hamba Nya yang ikhlas.

Allah SWT berfirman :“Seandainya engkau belanjakan apa yang ada di bumi semua, tidaklah bisa engkau persatukan antara hati mereka, tetapi Allah lah yang mempersatukan antara mereka.” - Al Anfal : ayat 63. Ukhuwah Islamiyah juga akan menimbulkan rasa cinta, kasih saying antara kita. Rasulullah SAW bersabda “Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri” - HR Bukhari & Muslim

Syarat untuk mencapai Ukhuwah.
1. Kekuatan Aqidah
Kekuatan Aqidah boleh dicapai dengan bertaqarrub kepada Allah dalam semua aspek kehidupan, cara fikir, cara bertindak serta cara mengambil keputusan yang seterusnya akan mewujudkan Ukhuwah Islamiyah.

2. Kekuatan Intelektual
Aqidah tanpa didukung dengan kekuatan ilmu yang memadai, maka tidak mungkin merealisasikan Ukhuwah yang jitu.

3. Kekuatan Organisasi
Sebagaimana yang kita ketahui, kebenaran yang tidak berperancangan akan dikalahkan oleh kebatilan yang terancang.

4. Kekuatan Teknologi
Dalam masyarakat moden seperti sekarang, kekuatan teknokratik perlu dikembangkan bagi memangkin kegiatan seorang muslim sebagai seorang Da’i yang berkewajiban melaksanakan Amar Ma’ruf, Nahi mungkar.

5. Kekuatan Moral
Kekuatan moral adalah elemen yang perlu sebagai pertahanan seorang muslim, yang menyebabkan seorang muslim tahan uji, tidak mudah menyerah, terkena paksaan dan tergoda pujukan kebatilan.

6. Kekuatan Strategi
Strategi perlu mendapat perhatian yang serius, terutama di saat Umat Islam dalam keadaan lemah, baik lemah dalam bidang politik, ekonomi, sosial budaya dan sebagainya. Walau apa pun taktik, strategi, situasi Umat Islam secara keseluruhan tidak boleh mengorbankan Aqidahnya demi strategi. Dalam Al-Quran Allah SWT berfirman : “Berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai”.

Sunday, 13 March 2005

Perang Cyber - Malaysia vs Indon

Dalam minggu nie seluruh warga cyber telah dikejutkan oleh kehadiran sekumpulan hackers dari pelbagai pelusuk indonesia yang telah melancarkan gerakan "Ganyang Malaysia" , sama seperti gerakan "Ganyang Malaysia " yang dipelopori oleh Presiden Sukarno semasa konfrantasi diantara Malaysia dan Indonesia di dalam usaha Presiden Sukarno hendak menubuhkan Indonesia Raya.

Isu Gerakan Ganyang Malaysia ini muncul kembali kerana tidak puas hati dengan tindakan kerajaan Malaysia mengenai isu PATI(Pendatang Asing Tanpa Izin) dan mengenai Pulau Ambalat , dimana kerajaan Malaysia telah memberi konsensi mencari gali minyak di Pulau Ambalat kepada syarikat Shell. Indonesia membantah tindakan Malaysia kerana Indonesia mendakwa Kepulauan Ambalat milik Indonesia. Media Massa Indonesia yang memainkan sentimen Gerakan Ganyang Malaysia sehingga mengundang sekumpulan ' hackers' untuk melancarkan Gerakan Ganyang Malaysia nie menerusi cyber.

Gerakan mendeface web-web kerajaan , universiti dan web perseorangan begitu teliti dan msg yang di tulis di muka hadapan adalah beitu jelek.Gerakan ini begitu terancang dan dianngotai oleh pelbagai group hacker di Indonesia seperti group Medan Hacker yang mempunyai channel IRC di server Dalnet. Kumpulan ini telah banyak mendeface web-web Malaysia..lebih kurang 22 web telah kena deface.

[ senarai laman-laman web yang telah dihack dirahsiakan atas sebab keselamatan ]

Persoalannya dimana Hackers Malaysia yang lain, dimana sebelum ini sungguh aktif mendeface web-web di Malaysia. Mujur la ada segelintir Hackers di Malaysia telah melancarkan kembali serangan kepada web-web di Indonesia. Dan pagi ini saya telah mendapat msg daripada kawan saya dan memberitahu list terbaru yang web-web Indonesia yang telah di deface oleh Symphoenix.ClanZ. Terima Kasih kerana telah menyahut seruan "Gerakan Godam Indonesia ".

sumber : emel

p/s: pelik betul. alangkah bagusnya jika kepakaran yang ada digunakan untuk mengalahkan musuh Islam dan bukannya untuk menyerang saudara seIslam"

Friday, 11 March 2005

Detik Hijrah Rasulullah S.A.W

Assalamu'alaikum Warahmatullah

Setelah musim haji selesai, Rasulullah sempat tinggal di kota Mekah hingga bulan Safar. Desas-desus yang mengatakan bahawa baginda akan berhijrah ke kotaYathrib telah diketahui oleh kaum musyrikin. Mereka mula mengadakan perundingan bagaimana caranya untuk menghalang Rasulullah dari berhijrah. Akhirnya setelah berbagai pandangan dan cadangan diajukan, akhirnya mereka memutuskan Rasulullah mesti dibunuh. Walau bagaimanapun rancangan jahat kafir Quraisy telah dikhabarkan oleh Allah kepada baginda melalui Jibril A.S. Rasulullah diperintahkan oleh Allah supaya berhijrah ke Yathrib.

Dengan tekad untuk melaksanakan perintah wahyu Ilahi yang baru diterimanya, baginda segera mengatur persiapan-persiapan yang diperlukan. Seketika itu juga, walaupun di tengah panas yang terik, Rasulullah berangkat menuju ke rumah sahabat karib baginda, AbuBakar As Siddiq dengan maksud menyampaikan perintah hijrah itu. Tatkala Rasulullah masuk ke rumah Abu Bakar, maka kedua puteri Abu Bakar, iaitu Siti Asma’ dan SitiAisyah yang mula-mula melihat kedatangan baginda, sudah merasakan tentu ada hal luar biasa yang hendak disampaikan. Jika tidak masakan baginda datang diwaktu tengahari begini.

Rasulullah, kemudiannya memberitahu Abu Bakar sesungguhnya Allah telah mengizinkan kepadanya untuk berhijrah. Ketika itu juga airmata Abu Bakar menitis membasahi mukanya. Ia menangis kerana kegembiraan yang tidak terhingga. Sebelum ini Abu Bakar memang telah menyusulkan kepada Rasulullah supaya mereka berhijrah disebabkan keadaan yang begitu menekan dari masa ke semasa. Tetapi Rasulullah selalu mengatakan belum ada petunjuk dari Allah. Walaupun begitu, sebagai seorang yang mempunyai pandangan jauh, maka sejak lama dulu Abu Bakar telah mengatur persiapan-persiapan yang diperlukan untuk hijrah. Cuma menunggu detik dan saatnya saja.

Setelah segala persiapan yang diperlukan siap diatur,Rasulullah mengarahkan kepada Sayidina Ali supaya tidur di kamar baginda. Tujuannya ialah supaya pemuda-pemuda Musyrikin menyangka baginda masih tidur.Di malam itulah juga iaitu malam Jumaat, bulan RabiulAwal, tahun ke 13, setelah diutuskan menjadi Rasul, pada 28 Jun 622 M, Rasulullah bersama dengan Abu Bakar meninggalkan kota Mekah, tanah air tempat tumpah darah mereka, bukan kerana takut, tapi atas matlamat untuk menyelamatkan perjuangan Islam atas petunjuk dan perintah Allah.

Keesokan harinya, ketika Ali bangun dari tidur, pemuda-pemuda Quraisy yang diperintahkan mengepung rumah Rasulullah mendapati yang ada di rumah itu hanya Ali, bukannya Rasulullah. Dengan rasa hampa mereka kembali dengan tekad untuk terus mencari Rasulullah walau di mana juga baginda berada. Rasulullah saw dan Abu Bakar meneruskan perjalanan mereka menuju Pergunungan Tsur yang jaraknya kira-kira setengah jam saja berjalan kaki dari luar kota Mekah. Rasulullah sendiri tidak memakai kasut hingga menyebabkan luka-luka kecil dikakinya. Abu Bakar bertindak melebihi seorang pengawal biasa. Sebentar beliau berada di hadapan baginda dan sebentar kemudian berada di belakang.

Menjelang tengah malam, sampailah mereka di gua Tsur,yang terletak di lereng pergunungan. Abu Bakar lah yang membuka pintu gua dan kemudiannya masuk ke dalam untuk membersihkannya terlebih dahulu. Ketika itulah tangan Abu Bakar digigit oleh seekor binatang bisa, tetapi hal itu tidak diceritakan kepada Rasulullah. Sehinggalah apabila Rasulullah berbaring di pangkuan Abu Bakar dan merasai titisan air mata beliau kerana menanggung kesakitan, barulah Abu Bakar menceritakan hal yang sebenarnya. Rasulullah lantas berdoa kepadaAllah dan seketika itu juga hilanglah bisa dan bengkak pada tangan Abu Bakar.

Pada hari kedua, serombongan musuh yang diketuai oleh Abu Jahal telah sampai di sekitar gua Tsur tempat persembunyian Rasulullah dan Abu Bakar. Sesama mereka terjadi pertikaian, ada yang ingin masuk dan ada yang enggan kerana memandangkan keadaan pintu gua yang diliputi sarang labah-labah dan sarang burung membayangkan tidak logik ada manusia yang baru masuk ke dalamnya. Akhirnya mereka menerima keputusan dari Umaiyah bin Khalaf yang menggesa supaya mereka jangan membuang masa di pintu gua itu, malah lebih baik mereka pergi saja ke tempat lain untuk mencari Rasulullah.

Perbincangan antara sesama musuh-musuh yang berlangsung di hadapan pintu gua itu jelas dapat didengar oleh Rasulullah dan Abu Bakar. Jantung Abu Bakar sudah berdebar-debar kerana khuatir kalau-kalau musuh dapat mengesan yang mereka berada di dalam gua. Debar jantung Abu Bakar segera diketahui oleh Rasulullah. Dalam suara perlahan, baginda membisikkan di telinga Abu Bakar bahawa sebenarnya mereka berdua di gua itu tetapi bertiga iaitu dengan Allah swt.

Setelah dirasakan ancaman musuh sudah agak reda, maka pada hari yang keempat, Rasulullah dan Abu Bakar meninggalkan gua Tsur untuk meneruskan perjalanan menuju Yathrib. Rasulullah menunggang unta yang bernama “Al Quswa” berdua dengan Abdullah bin Arqat dan seekor lagi dinaiki oleh Abu Bakar dengan Amir Fuhairah. Abdullah bin Arqat lah yang bertindak sebagai petunjuk jalan kerana dia memang arif dengan jalan-jalan yang sepi dan aman.

Di pertengahan jalan, ketika mereka sedang menyusur melalui tepi Laut Merah, tiba-tiba Abu Bakar menyedari Suraqah bin Malik iaitu orang upahan kafir Quraisy yang ditugaskan untuk membunuh Rasulullah sedang mengejar mereka dari belakang. Abu Bakar segera memberitahu Rasulullah. Di wajah baginda sedikit pun tidak membayangkan rasa cemas dan takut tetapi Abu Bakar kelihatan agak cemas. Sekali lagi Rasulullah menenangkan Abu Bakar, bahawa Allah sentiasa bersama dan akan membantu mereka.

Dengan pertolongan Allah, kuda dan Suraqah sendiri beberapa kali tersungkur ke bumi hingga menimbulkan rasa cemas dan bimbang akan keselamatan dirinya, maka dia pun menyeru kepada Rasulullah agar dimaafkan segala kesalahannya dan dia juga berjanji akan memberikan apa saja keperluan yang dihajati oleh baginda. Namun Rasulullah menolak tawaran itu dan Suraqah dibebaskan begitu saja. Rasulullah kemudiannya meneruskan perjalanan ke Yathrib. Rasulullah dan rombongan akhirnya sampai ke kota Quba, satu tempat berhampiran dengan Yathrib. Di Quba lah batu asas pertama diletakkan oleh Rasulullah bagi membangunkan masjid pertama didirikan dalam sejarahIslam.

Kini tibalah saat yang paling bersejarah bagi penduduk kota Yathrib. Rasulullah dan rombongannya telah tiba di kota Yathrib. Kedatangan baginda dialu-alukan dengan selawat dan lagu selamat datang. Inilah satu keramaian yang tidak pernah wujud sebelum dan selepas itu. Penduduk Yathrib masing-masing mengharapkan Rasulullah akan singgah di tempat mereka sebagai tamu kehormat.Walau bagaimanapun demi untuk menjaga hati mereka,maka Rasulullah hanya membiarkan saja ke mana arah untanya pergi maka disitulah nanti baginda akan singgah.

Akhirnya unta baginda berhenti di suatu lorong tempat tinggal kaum Bani Najjar. Di situlah Rasulullah mula menjejakkan kakinya di bumi Yathrib. Di situ baginda menjadi tamu di rumah Abu Ayub Al Ansari. Sejak itulah kota Yathrib ditukar namanya oleh penduduknya sendiri menjadi Madinatun Nabi, yakni Kota Utusan Allah dan kemudian disebut Madinatul Munawwarah iaitu kota yang memancarkan cahaya.

Tuesday, 1 March 2005

Liverpool 2-3 Chelea : Player Analysis

Starting XI

Dudek- Looked very good in goal, performed admirably for most of the game. Couldn't really be faulted for the three goals.

Hyypia- Dominant in the air as always. Made some really solid tackles, but made some clumsy challenges and was punished for them.

Finnan- In the battle of the Irishmen, he did well against Damian Duff. The latter Irishman rarely got the better of the defender.

Carragher- One of the few Reds that can walk away from the Millennium Stadium with their dignity intact. Showed why he is Liverpool's unsung hero this season by doing the kinds of things behind the scenes that many people don't notice.

Traore- Made several mistakes and bad tackles, but he had some great last-ditch efforts and routine plays. An average game for the big Mali defender.

Riise- Why he was moved to left-back in the place of Traore is a mystery to me. He was one of our better midfielders on the day and scored a fantastic goal.

Hamann- The best Liverpool player on the pitch today, he outshined Gerrard in the centre of the park. Created lots of plays and did the dirty work on the field, so to speak. He was the one that was running the show today for the Reds midfield. Man of the Match on the Red half of the pitch.

Kewell- Looked out of place during the game, he obviously isn't quite at full match fitness yet. Picked up a knock to the ankle and was put out of his misery by Benitez who substituted him off.

Gerrard- Where was he today? I'm not on the 'Gerrard must go' bandwagon, but he hasn't been showing his trademark desire on the pitch for the past couple of months. Didn't show up for one of the most important games of the season today. Played far too many useless long-balls that no one could get ahold of and was outplayed by the duo of Claude Makelele and Frank Lampard

Garcia- An average game for the little Spaniard. Gave up posession quite a few times, but otherwise looked pretty decent out there.

Morientes- Played a great cross that Riise volleyed home, but other than that, he was almost invisible all afternoon. Didn't get the supply from the midfield he needed.

Substitutes:
Biscan- A decent game from the big Croatian. Didn't play long enough out there to make a real impression, but he had a few chances to including a free header in the last minute of extra time.

Nunez- Good crossing of the ball, one of his better games so far. Showed us why Rafa believed in his heading ability by climbing above 6'6" tall Peter Cech to score Liverpool's second goal.

Baros- Like Morientes he didn't get the help from the midfield that was needed. Poor ball control, his first touch let him down many times. Ballooned a shot when he was sent clear.

Manager:
Benitez- Made a gamble using the 4-5-1 formation but in the end it didn't pay off :the lack of firepower up front was exposed in the latter stages of the game. With a 4-5-1 formation you would expect to be the team with the majority of the posession, but Liverpool seemed content just to counter-attack all day long which was a big mistake. We're not the most fluid of teams at times and the style just didn't suit us.