Tuesday, 22 February 2011

Halalan Toyyiba

Thursday, 17 February 2011

The 20 Coolest Jobs in Information Security

  1. Information Security Crime Investigator/Forensics Expert
  2. System, Network, and/or Web Penetration Tester
  3. Forensic Analyst
  4. Incident Responder
  5. Security Architect
  6. Malware Analyst
  7. Network Security Engineer
  8. Security Analyst
  9. Computer Crime Investigator
  10. CISO/ISO or Director of Security
  11. Application Penetration Tester
  12. Security Operations Center Analyst
  13. Prosecutor Specializing in Information Security Crime
  14. Technical Director and Deputy CISO
  15. Intrusion Analyst
  16. Vulnerability Researcher/ Exploit Developer
  17. Security Auditor
  18. Security-savvy Software Developer
  19. Security Maven in an Application Developer Organization
  20. Disaster Recovery/Business Continuity Analyst/Manager

      Tuesday, 15 February 2011

      Dia Kekasih Allah

      Muhammad Rasulullah... Peace be upon Him 

       
      Anas ra. berkata, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
      "Tidaklah sempurna iman seorang diantara kalian hingga aku lebih dicintai daripada dirinya, anaknya, keluarganya, dan sekelian manusia." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

      Monday, 7 February 2011

      Liverpool give Chelsea the blues

      Liverpool 1 - 0 Chelsea  


      HE WHO BETRAYS WILL ALWAYS WALK ALONE!
      • Liverpool tampil dengan gaya 'pass and move' aka The Liverpool Ways
      • Chelsea menurunkan penyerang 3 Stooges (Torres + Drogba + Anelka)
      • Liverpool berjaya mencatatkan kemenangan double ke atas Chelsea
      • Liverpool 2 - 0 Chelsea (Anfield) + Chelsea 0 - 1 Liverpool (Stanford Bridge)
      • Liverpool menang tanpa perlu menggunakan khidmat penyerang terbaru (Luis Suarez + Andy Carroll)
      • Chelsea tewas sekalipun menggunakan khidmat penyerang termahal (Fernando Torres)
      • Liverpool mencatatkan 4 kemenangan berturut-turut dibawah kendalian Kenny Dalglish
      • Liverpool kini ditangga ke-6 dengan hanya 6 mata dibelakang Chelsea (ke-5) dan Tottenham (ke-4)
      • Jose Reina berjaya mencatat 4 cleen sheets
      • Raul Meireles berjaya menjaringkan 4 gol dari 5 perlawanan
      • Jamie Carragher kembali beraksi selepas pulih dari kecederaan bahu sejak November 2010
      YOU'LL NEVER WALK ALONE!

      Friday, 4 February 2011

      10 Amalan Yang Terbalik

      Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

       1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian sebenarnya adalah terbalik. Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir termakan harta anak yatim atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

      2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus orang kerap salam berisi. Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan. 

      3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

      4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

      5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

      6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

      7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik?

      8. Semua ibu bapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

      9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke masjid tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumah Nya segan dan malas.

      10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, Masya Allah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.