Monday, 25 December 2006

Talian Doa

Bayangkan pada saat kita berdoa, kita mendengar....:

"Terima kasih, Anda telah menghubungi Rumah Allah ".
Pilih salah satu:
* Tekan 1 untuk 'meminta'.
* Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
* Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
* Tekan 4 untuk 'lain-lain permintaan'."

Atau, bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:
"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Sila tunggu. Panggilan Anda akan dijawab mengikut giliran."

"Untuk pertanyaan mengenai hakikat syurga & neraka, sila tunggu hingga Anda tiba disini!!

Bolehkah Anda bayangkan ketika berdoa, Anda mendapat respon seperti ini:
"Jika Anda hendak berhubung dengan Malaikat Jibril, tekan 1. Dengan Malaikat Mikail, tekan 2. Dengan lain-lain Malaikat, tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah semasa Anda menunggu, tekan 4."

Atau Anda juga boleh mendengar ini :
"Komputer kami menunjukkan bahwa Anda telah membuat panggilan sebanyak satu kali pada hari ini. Sila cuba kembali esok hari." atau, "Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubung kembali pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."

Alhamdulillah, Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon Nya setiap saat!!! Anda boleh memanggilNya pada bila-bila masa saja dan Dia mendengar Anda. Apabila memanggil Allah, Anda tidak akan mendapat nada sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara peribadi.

Ketika Anda memanggil, gunakan nombor utama ini: 24434
2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Ashar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya

Info selengkapnya ada di Buku Telefon berjudul "Al-Qur'anul Karim & Hadis Rasul"
Hubungan secara terus, tanpa Operator, tanpa Perantara, tanpa bayaran.
Nombor 24434 ini memiliki jumlah saluran yang tak terbatas dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu setiap hari sepanjang tahun !!.

Allah answer prayers in 3 ways:
1. He says YES and gives you what you want
2. He says NO and give you something better
3. He says WAIT and give you the best..in his own time..
[sumber - emel]

Friday, 22 December 2006

Islam dan Sains II

Peredaran Planet dalam Orbit Tersendiri

Tatkala merujuk kepada matahari dan bulan di dalam Al Qur'an, ditegaskan bahwa masing-masing bergerak dalam orbit atau garis edar tertentu.

"Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya." (Al Qur'an, 21:33)

Disebutkan pula dalam ayat yang lain bahwa matahari tidaklah diam, tetapi bergerak dalam orbit tertentu:

"Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui." (Al Qur'an, 36:38)

Setiap planet mempunyai lintasan atau orbit yang tersendiri. Keseluruhan alam semesta yang dipenuhi oleh lintasan dan orbit seperti ini, dinyatakan dalam Al Qur'an sebagai berikut:

"Demi langit yang mempunyai jalan-jalan." (Al Qur'an, 51:7)

Friday, 15 December 2006

Pemakaian Tudung dari Perspektif Fizik

Kajian Kes

Dalam satu perbincangan, seorang siswi menceritakan masalah yang dihadapi berhubung dengan cara pemakaian. Masalah bermula apabila berhadapan dengan persepsi keluarga dan rakan-rakan setelah berubah dari wanita yang berpakaian "liberal" kepada wanita yang menutup aurat sepenuhnya seperti yang disarankan oleh Islam. Pandangan serong terhadap pemakaian tudung labuh dan jubah menyebabkan siswi tersebut berasa tersisih bukan sahaja terhadap pandangan masyarakat umum, tetapi pandangan siswi-siswi yang bergiat dalam program berunsurkan dakwah. Penerimaan terhadap perubahan berlaku agak sukar akibat sikap double-standard dan kronism yang diamalkan. Disebabkan mereka telah mendapat tarbiyah sekian lama dan menganggap diri adalah terbaik, agak payah untuk menerima orang yang baru mengenal erti tarbiyah yang sebenar. Apatah lagi berhadapan dengan ibu yang tidak memahami sehinggakan si ibu menyuruh siswi tersebut kembali kepada pakaian lama.

Penyelesaian

Bercakap tentang perubahan, ia bukanlah satu perkara yang mudah semudah mengalihkan sebatang pen dari satu meja ke meja yang lain. Apatah lagi berubah dari segi pemakaian yang melibatkan persepsi masyarakat sekeliling terhadap personaliti baru yang ingin dibentuk. Adalah penting adanya pemahaman terhadap matlamat perubahan dan pengorbanan yang tinggi agar terus istiqamah dengan perubahan.

Apa yang dilakukan oleh siswi tersebut adalah hijrah kepada kebaikan dan memerlukan ketahanan mental dan mujahadah yang tinggi. Dalam satu perubahan, sokongan dari segi spiritual, emosi dan mental diperlukan bukan sahaja dengan berharap kepada tuhan, tetapi juga dari masyarakat sekeliling khususnya mereka yang faham tentang Islam. Meskipun siswi tersebut baru mengenal erti tarbiyah dan mula bergiat dalam program berunsurkan dakwah, rakan-rakan dalam organisasi dakwah haruslah faham dan tidak memandang diri sebagai individu yang bertaraf tinggi sehingga tidak layak berdamping dengan mereka yang baru menerima hidayah.

Di sini, pentingnya pemahaman tentang konsep inverse response (respon songsang ~ rujuk Pemikiran Sistemik) dalam kehidupan seharian. Setiap sesuatu yang bersifat drastik memerlukan daya yang tinggi untuk diterima dan konsep bersabar terhadap time delay (masa lengah yang diperlukan sebelum satu sistem berfungsi) diperlukan. Sesuatu perubahan memerlukan visi yang jelas berdasarkan ilmu wahyu agar kekuatan diperoleh walaupun keadaan sekitar sukar menerima.

Bagaikan susu yang sebelumnya bercampur dengan najis, kuman, urea dan darah di dalam sistem badan seekor lembu akhirnya keluar sebagai susu yang suci yang mendatangkan kebaikan kepada peminumnya. Dapat disimpulkan bahawa bagaimana sukarnya susu itu keluar dari badan seekor lembu melalui proses perahan untuk bebas dari unsur-unsur negatif, begitulah sukarnya sesuatu perubahan untuk dilaksanakan. Persekitaran memerlukan masa untuk menerima sesuatu kelainan.

Adalah penting pemahaman tentang aurat kerana ia melibatkan penjagaan penglihatan yang berkaitan secara langsung dengan hati dan fikiran yang dipengaruhi oleh nafsu dan syaitan. Aurat yang dimaksudkan bukan sahaja terhadap kaum wanita, tetapi juga kepada kaum lelaki di mana sesetengahnya yang kurang sensitif menganggap aurat lelaki tidak berapa penting sehingga memakai seluar yang menampakkan lutut ketika bersukan. Bagi seorang wanita, aurat adalah perkara yang sangat besar dan skop aurat adalah lebih luas pada tubuh mereka berbanding lelaki. Manakala dalam institusi kekeluargaan pula, ibu bapa memainkan peranan penting terhadap pentarbiyahan setiap anak. Bahkan, mereka juga perlu ditarbiyah dan diberi peringatan agar tidak alpa akan arus dunia semasa yang membawa kepada kebatilan.

Haba Pendam Tentu dan Konsep Aurat

Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat. Jika dikaji tentang formula yang digunakan:

J = mc x tetha

J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.

m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.

c ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.

tetha ialah perubahan suhu.



Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)

Abstrak/Pengenalan

Dalam kajian ini, "eksperimen" dilakukan ke atas 3 jenis wanita: wanita A- wanita bertudung labuh, berjubah dan menjaga lengan daripada terdedah, wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat dan wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.

Tujuan

Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.

Hipotesis

Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.

Inferens

Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah.

Pembolehubah manipulasi

c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan. Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas dari suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya "mengurung" wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai jeans dan t-shirt?

Pembolehubah malar

m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu. Anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama.

tetha atau perubahan suhu. Ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).

Pembolehubah bergerakbalas

J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi.

Kaedah

1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa.

2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian.

3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama.

4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki: Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baik dan Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atau berjalan-jalan.

Pemerhatian

1) Wanita A kelihatan humble, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.

2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika. Penulis yang berjurusan senibina pernah menegur seorang studiomate wanita yang menggunakan spray dengan cara yang salah ketika menyembur model yang dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan kembali normal.

3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.

4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif.

Kesimpulan

Dari eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat. Seperti dalam formula yang diberi:

J = mc x tetha

Oleh itu, hipotesis diterima.

Mengkaji Fizik melalui perspektif Islam

Dalam usaha penyampaian Islam kepada individu yang faham tentang Islam, individu yang kurang faham tentang Islam dan individu yang tidak faham tentang Islam, pendekatan melalui ilmu duniawi berdasarkan kaedah saintifik dan empirik adalah salah satu cara yang sesuai kerana tak semua daripada mereka akan menerima jika menyampaikan melalui ilmu Tauhid. Masalah berlaku di Malaysia di mana persepsi masyarakat berubah iaitu belajar adalah untuk bekerja, bukan belajar untuk mencari ilmu.

Adalah menghampakan situasi yang sama berlaku pada mereka yang mengambil jurusan agama dan mereka yang menghafal kalam-kalam Allah. Jika perspektif ini berterusan, mereka tidak akan mampu untuk mengislamisasi ilmu yang dipelajari, melakukan integrasi antara ilmu duniawi dan ilmu Islam, menyampaikan ilmu pada peringkat antarabangsa agar mesej Islam sampai ke serata tempat seterusnya mencapai kecemerlangan menyeluruh.

Seperti yang tertera dalam misi UIA iaitu Triple ICE (Integrations, Islamizations, Internationalizations dan Comprehensive Excellence), adakah pelajar UIA akan mencapai misi UIA andai masih lagi belajar untuk bekerja? Bukan untuk pelajar UIA sahaja, malah kepada pelajar institusi lain sekali. Tidak malukah kita kepada mereka yang bukan Islam mengkaji ilmu sains melalui al-Quran lantas memeluk Islam atas kesedaran? Di manakah perginya reputasi pelajar Islam yang cuba dipertahankan
? Fikirkan...

Wednesday, 13 December 2006

Kaabah... kiblat kita





Friday, 8 December 2006

Islam dan Sains I

Lapisan Atmosfera

Satu fakta sains tentang alam semesta menyatakan bahawa langit terdiri daripada tujuh lapis iaitu Troposfera, Stratosfera, Ozonosfera, Mesosfera, Termosfera, Ionosfera dan Eksosfera. Fakta ini sejajar dengan firman Allah swt yang bermaksud

"Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu." (Al Qur'an, 2:29)

"Kemudian Dia menuju langit, dan langit itu masih merupakan asap. Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya." (Al Qur'an, 41:11-12)


Thursday, 7 December 2006

IKTIBAR untuk SAHABAT semua

Tak bererti kita tak call orang tu kita tak ingat kat dia, tak bermakna kita tak tegur dia kita tak sayang kat dia, tak bermaksud kita tak rapat dengan dia kita tak pernah fikir cara untuk merapatkan diri dengan dia.

Kadang kala orang yang jauh beribu batu dengan kita, orang yang jarang call kita, orang yang jarang senyum dengan kita, orang yang kita jarang jumpa, adalah mereka yang selalu dok ingat kat kita.

Bersangka baiklah dengan Allah, bersangka baiklah dengan mereka terutama mereka yang bersangka baik dengan Allah. Salah faham adalah lumrah dalam hidup manusia. Tak semua orang boleh baca apa yang tersirat dalam hati kita, kalau kita tak luahkan masakan mereka tahu. Kita tak boleh expect orang nak go after us each time sebab kadangkala orang tu assume yang kita tak mahu diganggu walaupun hakikatnya kita mahu dihujani dengan soalan-soalan, sebagai contoh, bertanya khabar.

Untuk menguji sejauh mana orang itu ikhlas bersahabat dengan kita adakah dia hanya sahabat ketika ketawa atau dia sahabat ketika mengalir air mata. Memang susah nak meluahkan sesuatu terutama pada mereka yang kita tidak percaya tapi tak rugi kalau kita membuang perasaan malu dan bercerita. Mungkin mereka dah tahu cerita kita sebelum kita ceritakan lagi tapi mereka tunggu kita bercerita sendiri, sebab nanti kalau silap tanya mereka akan dikata busy body.

Walhal mereka hanya mahu membantu apa yang terdaya. Hidup manusia terlalu complicated bagi mereka yang menganggap hidup ini complicated dan hidup ini mudah. Bagi mereka yang menganggap hidup ini mudah manusia itu bersifat ikhtiariah, boleh memilih apa yang dia mahu sebab dia ada akal.

Andai kita pilih untuk hidup dengan mudah maka kita akan dapat hidup dengan mudah. Andai kita pilih untuk hidup susah maka kita akan dapat untuk hidup susah. Andai kita pilih untuk hidup sebagai pejuang maka kita akan berusaha untuk hidup sebagai pejuang.

Allah sayangkan kita. Dia turunkan panduan Al-Quran dan As-sunnah, hanya mereka yang berakal akan menggunakannya dan mereka inilah yang mendapat petunjuk.
[ dipetik dari Ukhwah.com ]

Monday, 4 December 2006

Maktoums close in on Reds

Liverpool chairman David Moores has paved the way for a £450m of the club by allowing Dubai International Capital to inspect the club's accounts.

The Reds' chief has actively been looking to sell his 51 per cent stake in the club for a number of years but has found it difficult to find a suitable interested party. Previously, local businessman Steve Morgan and former Thai prime minister Thaksin Shinawatra had failed to mount a successful bid for power.

Dubai International Capital, owned by the Maktoum family which is most famous in England for the highly successful Godolphin horse racing operation, appears to have fought off competition from the former owner of the Harlem Globetrotters, George Gillett Jr, and John Miskelly.

It is understood the club would be valued at £170million with the rest of the price being made up of the £200million cost of the new stadium in Stanley Park plus £80million to cover the Merseyside club's debt.

Even if the takeover was to be completed by the time the transfer window opens in January it is unclear how much money would be made available to Rafael Benitez for team strengthening. However, given the Maktoums' record for sporting excellence it is likely the Reds boss would be given funds to go into the market.

p/s: - Kalo takeover tu berjaya, lepas ni tunggu Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum batalkan sponsor dari Carlsberg pulak.

Friday, 1 December 2006

Waktu solat & posisi suria